Sunday, February 9, 2014

Nak Wasatiyah Bagaimana Lagi Jika Ramai Penduduk Yang Begini dan Masih Begini














Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan 2014 Di Taiping

Bulan Januari sudah pun berlabuh dengan membawa banyak kenangan, tetapi dek kerana banyak cerita-cerita baru timbul maka cerita lama kita terlupa untuk diperingatkankan.

Taiping baru sahaja selesai sambutan Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan dengan kehadiran YAB DS Najib ke Majlis Sambutan Peringkat Kebangsaan Sabtu lalu bersamaan 8 Februari 2014 sehari selepas Chop Goh Meh.

Persediaan untuk majlis yang besar ini bukan sehari dua persiapannya. Bukan kecil belanjanya. Apa tidaknya, sehingga pagar konkrit Pejabat Daerah Taiping terpaksa dirobohkan untuk memboleh kawasan Pejabat Daerah dan MPT di jadikan venue sambutan majlis peringkat kebangsaan.

Walaupun media perdana melaporkan jumlah kehadiran luar biasa tetapi bagi TM majlis ini kurang berjaya dan kurang memberi impak yang besar kepada kaum Cina Taiping.









Yang ramai hadir ialah bukan cina, mereka adalah daripada komponan BN. Terdapat juga sedikit pelancong asing yang datang mungkin melalui pakej pelancongan. Selain tetamu yang diundang itu adalah tetamu jemputan, ada juga penjawat awat yang dipaksa untuk datang selain daripada pelajar-pelajar sekolah yang turut diwajiblkan hadir oleh pihak sekolah dan PPD. Tetapi amat malang bagi mereka kerana tiada tempat duduk disediakan walaupun dipaksa pergi. Terpaksalah duduk di tepi-tepi jalan walaupun yang datang itu pengetua-pengetua, guru-guru besar. Inikah layanan kepada mereka?

Sewaktu majlis berjalan sebelum Najib berucap, meja-meja banyak sudah kosong kerana tetamu cina ramai yang sudah pulang, di sepanjang jalan seperti Jalan Tamingsari kelihatan tidak ada kesesakan langsung,

Jelas menunjukkan kurangnya penyertaan kaum cina, yang hadir hanyalah dalam jumlah yang kecil, lebih meriah majlis perayaan tokong sayur di Jalan Tupai atau pesta tanglung.

Nampak sangat cina Taiping boikot majlis tersebut. Satu sebab mungkin kerana banyak jalan ditutup menyebabkan ramai yang tak mahu hadir, cina yang ada kebanyakan yang tinggal dalam rumah kedai.

Apapun ramai yang menyatakan majlis tersebut berjaya tetapi buat TM, ia berjaya dari sudut perlaksanaan tetapi kurang memberi impak untuk jangkamasa panjang. Mereka lebih mendengar cakap Nga Kor Ming daripada cakap Tiong Lai atau Najib.

Sumber dipetik dari :
http://taipingmali.blogspot.com/




Saturday, August 25, 2012

APABILA SANGKAKALA BERTIUP…


  Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Tuesday, April 24, 2012

UMAT ISLAM....DIMANA ANDA...

:::AMERIKA LAKNATULLAH:::
DALAM BERITA..PUOK2 ASKOR AMERIKA NI TV 3,TV 2,TV 1 DOK RAJIN PUN PANGGIL PUAK2 NI PENGGANAS..
HAK PENGGANAS SEMUANYA PEJUANG ISLAM.
PEJUANG ISLAM DI PANGGIL PEMBERONTAK.
MEH BACA CERITA BAWAH NING!!

Bangsa Laknatullah..!!!!
BARANGKALI KETIKA SURAT INI DITULIS, ANDA
MEMBUANG MASA DENGAN KEKASIH ANDA!!
Pada hari Sabtu sekitar jam 12:25 tengahari, pejuangmujahiddin telah melancarkan serangan ke atas
penjara Abu Gharaib di selatan Baghdad. Serangan tersebut bagi menyahut seruan yang dibuat
melalui seucuk surat yang dikirimkan oleh seorang tahanan wanita yang bernama Fatima yang merayu
agar pejuang mujahidin mengambil tindakan. Surat Fatima, sepucuk surat yang ditulis tangan, baru-baru
ini telah diseludup keluar dari Abu Gharaib. Fatima adalah adik kepada salah seorang pejuang mujahiddin
di kawasan berkenaan. Tentera pengganas AS telah menyerbu rumahnya beberapa ketika dulu tetapi
gagal menemuinya, oleh itu mereka telah menawan adik perempuannya bertujuan untuk memaksa beliau
menyerah diri. Berikut adalah salinan surat Fatima yang disiarkan oleh Mafkarat al-Islam.
Surat Fatima

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. [Quran, Surat 112 al-Ikhlas]. Saya memilih surah yang suci ini daripada kitabullah kerana ia memberi satu kesan yang besar keatas saya dan ke atas kamu semua dan ia membawa kesan yang besar dan kesedaran di dalam hati orang-orang yang beriman. Saudaraku para mujahiddin yang berjuang pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya katakan kepada kamu semua? Ingin saya nyatakan kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh anak-anak haram yang dilakukan oleh para haiwan dan babi yang telah memperkosakan kami. Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka telah menelanjangkan kami, meludah ke muka kami dan mengoyak ayat al-Quran yang tergantung pada leher kami? Allahu Akbar! Dapatkah kamu memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang telah berlaku kepada kami? Kami adalah adik-adik kamu. Allah SWT pasti akan menyoal kamu mengenainya kelak. Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu malam semenjak kami berada di penjara ini tanpa dilompat oleh para haiwan dan babi tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan rakusnya. Dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan kami demi kerana takutkan Allah SWT. Takutlah kamu kepada Allah! Bunuhlah kami semua berserta dengan mereka! Hancurkanlah kami bersama-sama dengan mereka!

Jangan tinggalkan kami di sini untuk dijadikan sebagai bahan melepas nafsu ganas mereka dengan
memperkosa kami! Ia merupakan satu tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT. Takutlah
kepada Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal dan pesawat mereka di luar sana .
Datanglah kepada kami di sini di penjara Abu Gharaib. Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah
(Fatimah). Mereka telah memperkosakan kami lebih dari sembilan kali dalam satu malam. Bolehkah kamu memahaminya? Bayangkanlah salah seorang daripada adik-adikmu diperkosakan. Kenapa kamu semua tidak boleh membayangkannya, sedangkan saya adalah adikmu. Bersama-sama saya terdapat 13 orang gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin. Kesemua mereka telah diperkosakan dihadapan mata dan telinga setiap orang. Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat. Mereka membuang pakaian
kami dan tidak membenarkan kami memakainya. Semasa saya menulis surat ini, salah seorang daripada
gadis tersebut telah membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. 

Seorang tenteratelah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsapenderaan dan penyiksaan. Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, keranabeliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapisaya memaafkan gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala dosanya, kerana .Dia adalah Maha Pengampun! Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan. Tolonglah! Tolonglah!
Tolonglah! [Wa mu'atasima!] Sebaik sahaja selepas itu, lebih kurang seramai 100 pejuang mujahiddin melancarkan serangan besar- besaran ke atas penjara Abu Gharaib, memaksa tentera kafir AS berselindung di dalam berek mereka dalam kawasan penjara. Pejuang mujahiddin telah melancarkan mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera kafir Amerika. Orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di luar penjara, bimbang jika mortar tersebut mengenai para tawanan yang berada di dalam penjara tetapi mereka telah diberi jaminan oleh pejuang mujahidin yang berkata bahawa mereka tahu kedudukan penjara tersebut.
 
Wartawan Mafkarat al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya
memusnahkan sebahagian besar dinding penjara, menyebabkan lubang sebesar empat meter di dalam
dan di luar pagar yang mengelilingi penjara tersebut. Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih
belum dapat diketahui. Pada nota terakhir, seorang individu telah menjawab surat Fatima semalam dalam
laman web Ansar dengan menulis: Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang sebenar. Hanya lelaki yang
sebenar sahaja boleh menjawab tangisan kamu memohon pertolongan. Kami tidak mempunyai bekalan yang cukup beberapa hari ini. Maaf sekali lagi, wahai adikku." Komen seperti inilah yang menunjukkan betapa kurangnya maruah dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini. Kami di LADANG WEB telah beberapa kali mendedahkan perbuatan perkosaan ke atas gadis Islam oleh tentera Salib Amerika (yang masih dianggap wira oleh kebanyakan umat Islam di dunia ini) semenjak mereka memijakkan kaki mereka ke bumi Iraq , tetapi tidakdipedulikan. Kami merasa amat kecewa dan gagal menerima surat seperti yang dituliskan oleh Fatima sebelum ini, kerana kami tahu lebih ramai lagi Fatima yang telah diperkosa di penjara di Iraq dan
Afghanistan dan ramai lagi adik-adik perempuan atau anak-anak perempuan kita yang diperkosa dengan
zalim dan mereka tidak dapat melawannya. Apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadikan suara-
suara mereka dapat didengar dan di manakah wira- wira Islam untuk mempertahankan maruah mereka?
 
Sebelum ini, pada satu ketika dulu, keagungan dan dan maruah telah diintegrasikan ke dalam kehidupan
umat Islam sebagai sebahagian dari sistem Islam yang sempurna dan syumul. Sebagai contoh, seorang lelaki
telah mengikat hujung pakaian seorang wanita Islam kepada kerusi semasa beliau sedang membeli belah
dan apabila beliau bangun, sebahagian daripada kemaluannya telah terdedah. Beliau menjerit, "Wa
Mu'atasima", dan seruannya telah sampai kepada pengetahuan khalifah. Khalifah telah menulis surat
kepada ketua gereja dengan berkata: "Kepada anjing Rome , saya akan datang kepada kamu dengan
tentera-tentera kami di mana barisan hadapannya berada di pintupintu kami dan barisan belakangnya
berada di sini." Inilah merupakan maruah dan keagungan yang bertindak ke atas sesuatu tindakan
yang tidak sampai kepada tahap perkosaan. Mereka telah menghantar satu bala tentera dan bukannya 100
pejuang. 

Hari-hari tersebut merupakan hari di mana seorang muslim sejati dapat dicari. Nilailah diri anda
dan dimanakah kedudukan iman anda. Bolehkah maksiat ditutup dengan bayaran dan kontrak? Adakah
kita takut mengkritik Amerika kerana bimbang kita akan kehilangan peluang perniagaan? Bagaimana
pula keadaan kita di Malaysia ini? Bukti serangan Mujahideen terhadap tentera Amerika
di penjara Abu Ghraib - Peristiwa "Battle of Abu Ghraib"

Tuesday, February 28, 2012

PENGHINA NABI RENTUNG TERBAKAR

Masih ingat lagi lukisan kartun kontrovesi yang menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia dahulu, di mana seorang pelukis kartun telah cuba menghina dan mengaibkan Nabi Muhammad S.A.W dengan keganasan.

Ketahuilah bahawa pelukis kartun tersebut telah mati dalam keadaan sangat mengerikan, dia telah mati dalam keadaan rentung.

Bagaimana dia boleh rentung tidak diketahui,kisah kematiannya juga dikhabarkan telah cuba disembunyikan, tapi sebusuk-busuk bangkai takkan mampu ditutup dengan daun.

Walaupun dia pernah beberapa kali cuba dibunuh kerana kontroversi lukisannya, namun beberapa kali juga dia telah berjaya menyelamatkan diri.

Akhirnya si penghina kekasih ALLAH telah menerima balasannya.

Mungkin dia mahu menghina kekasih ALLAH lagi, dia sekali lagi menggantikan jubah Nabi dengan bom, dan terus sahaja lukisan bom itu meletup.. siapa tahu..

Kuasa ALLAH mengatasi apa sahaja yang mampu difikir manusia./tukang lawan.

http://www.zimbio.com/Kurt+Westergaard/articles/7yQwV6okclH/Danish+blasphemer+burns+death

Sunday, February 26, 2012

Kod Makanan Yang Mempounyai LeMak KHINZIR atau BABI

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT


1 E 100 16 E 280 31 E 434 46 E 482
2 E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 483
3 E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 491
4 E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 492
5 E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 493
6 E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 494
7 E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 495
8 E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 542
9 E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 570
10 E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 572
11 E 214 26 E 422 41 E 475 56 E 631
12 E 216 27 E 430 42 E 476 57 E 635
13 E 234 28 E 431 43 E 477 58 E 904
14 E 252 29 E 432 44 E 478 59 E 920
15 E 270 30 E 433 45 E 481


bagi pengguna-pengguna ISLAM, sila pastikan melihat isi kandungan dalam makanan yang anda beli. JIka ianya mempunyai kod seperti diatas, so jangan beli. Dikhuatiri mempunyai lemak babi. Sama-samalah kita mengingati antara satu dengan yang lain.

Thursday, February 23, 2012

KENANGAN

CAPLOMTerkenang aku hari semalam... bermain, berlari, dan mengejar traktor pembajak semasa musin menanam padi. Penuh lumpur-lumpur sehingga ke telinga. Mengejar ikan-ikan yang pening-pening lalat terkena mata pembajak. Seronok sangat kurasakan pada masa itu. Hanya itu permainan yang paling canggih ada pada masa itu.. Tiada lagi playstation,PS1,PS2,PS3 tiada lagi "angry bird", macam-macam tiada pada masa itu. Belum wujud lagi internet. Belum lagi aku kenal apa itu Facebook, Gmail, Hotmail... Belum lagi ada budak-budak kampung seperti aku mengetuk keyboard, menekan keypad telefon untuk bersms. Hendak mencari rumah yang ada telefon talian tetap pun susah pada masa itu. Terfikir balik aku...Walaupun terasa macam agak-agak kuno, tetapi tiada yang pelajarannya tersingkir.Ramai yang bekerja berjawatan tinggi. Paling kodi pun bekerja kilang. Tiada yang melepak-lepak buang masa.

CAPLOM
BUAH CENERAI

Terkenang lagi aku semalam apabila bermain perang-perang "CAPLOM". Siapa masih tahu tentang permainan CAPLOM ni??? Rasanya budak-budak zaman kini tak tahu apa CAPLOM tu. Kalau nak tahu lebih lanjut, aku nak bagiahu...Larasnya diperbuat daripada buluh. Penjoloknya diperbuat daripada bulu yang telah diraut menjadi bulat. Pelurunya hanya menggunakan buah cenderai atau jenjarum.Jika bukan musim buah tersebut kami pada masa itu hanya menggunakan kertas yang dicelup dengan air supaya basah dan menjadi lembut... Ish.... rasanya tiada lagi permainan itu kini..Seronok terkenangkan kisah-kisah lama...Main senapang buah terung belanda..Musim durian, rambutan, manggis dan buah-buahan bermusim lagi seronok.. Malam-malam tidur di dangau (pondok) mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh cengkerik, katak dan unggas-unggas rimba untuk menunggu durian luruh.Bila terdengar bunyi durian jatuh kebawah..cepatla berlari kearah bunyi tersebut untuk memungutnya..Jika tidak...Kemungkinan esok tiada lagi buahnya... Bukan kerana dicuri..tetapi ada binatang akan tolong pungut..hehehehehe...(cth spt babi, beruang)

Terkenang lagi aku sewaktu kanak-kanak dahulu... tiada apa yang perlu dirisaukan, tiada bil untuk dibayar, semuanya terasa seronok. Kesian melihat emak dan ayahku bekerja untuk menyara kami sekeluarga. Kerjanya tidak sudah-sudah. Dari awal pagi sampai malam.


KESEDIHAN BERMULA

Kini aku terasa sangat sedih kerana tidak diberi peluang untuk membantu emak dan ayahku. Aku tidak berpeluang untuk menebus jasa mereka. Pilu rasa hati apabila terkenangkan mereka.."Emak, Ayah, cik tak dapat berkongsi kehidupan cik...Cik sudah senang..Jika cik dapat berkongsi kehidupan ini dengan Mak dan Ayah, alangkah bahagianya kita..Teringat kata-kata Emakku dahulu apabila aku merungut kenapa aku diberi 5 kupang saja pi sekolah...Makku berkata "Aku bagi kat hang, adik hang, kak-kak hang 5 kupang saja sari, tapi tak penah pun tak bagi belanja sekolah tu. Hang cuba tengok orang lain, ada banyak dia bagi banyak, masa takdak dia tak bagi langsung. Hang pikiaq tengok. Yang mana untung??". Teringatkan kata-katanya aku rasa dia memang betul..Bukan Memang betul lagi...Sah-sah betul. Dahulu aku pi sekolah naik gerek(basikal) saja..Hari biasa naik gerek(basikal), bulan posa pun naik gerek(basikal). Masa tu aku rasa tak jauh pun sekolah dengan rumah. Hanya 8.5 kilometer jer jaraknya sehala..Tapi sekarang..Jarak itu aku rasa sangat jauh...

Teringat lagi aku semalam apabila menerima panggilan telefon daripada kakak ku pada hari selasa 28.01.2003.."Tri, ayah accident, masuk ICU, operation, tak apa, acik ada menunggu, nanti kalau ada apa berita aku telefon lagi." MasyaAllah.... terkejut aku mendengarnya...sedih..tapi aku berada di kampus..macam mana nak balik...dah jam 7.30 malam. Macam mana nak balik....kalau balik kena beli tiket bas..bagaimana nak pergi ke Pudu Raya..Aku menangis sendirian...

Jam 12.30 pagi 29.01.2003 aku menerima panggilan daripada kakak ku kembali..aku mendengar suaranya yang menahan kesedihan, dia beritahu aku jangan terkejut dan jangan sedih. "Tri ayah dah Meninggal Dunia semasa pembedahan. Darah tidak berhenti keluar. Pembedahan di kepala tidak berjaya". Ya Allah apa sudah jadi..Aku pun menangis sendirian. Aku hendak balik berjumpa Ayahku buat kali terakhir. Tapi bagaimana??? Mujurlah abang Iparku memberi jalan..Memberitahu aku bagaimana hendak balik. Malam itu juga aku bertolak balik ke Rumah dengan menaiki bas ekspress yang berhenti di tempat perhentian..Aku tumpang bas tersebut sehingga Ipoh. Di Ipoh aku pun turun. Kemudian pemandu bas itu pun bertanya.."Adik nak pergi Mana??" aku menjawab "Alor Star bang, Ayah saya meninggal, nak balik rumah". Pemandu itu pun membertitahu aku bahawa dia memang hendak ke Alor Star. So aku boleh ikut sekali. Alhamdulillah..Mudahnya perjalanan ku...Sesampainya aku di Alor Star, aku dijemput oleh Kakak ku...Aku terus pulang ke rumah. Sampai di rumah, arwah ayahku belum lagi dibawa pulang kerana perlu melalui beberapa prosedur di hospital.Aku pun berjumpa dengan emak ku, Aku pun bersalaman dengan emakku dan berkata "Mak, Ayah dah takdak..Ayah dah meninggal". Jam 10 pagi kereta jenazah pun sampai membawa arwah ayahku. Sesampainya di rumah, aku melihat, menatap dan mengucup sekujur tubuh yang sejuk kaku..Kemudian aku besama-sama sepupu,adik dan bapa sedaraku memandikan jenazah ayahku. Selepas dikapankan, akupun pergi berjumpa ibuku. Aku bertanya kepada dia.."mak nak tengok Ayah dak???? Emak ku berkata " aku nak la tengok Laki aku". Dengan perlahan aku memimpin emakku melihat suaminya kali yang terakhir.

Setelah semuanya selesai, aku pun berjumpa dengan emakku, emakku pun berkata "Tri, raya haji kena balik, Lembu nak dikorbankan." Aku pun menjawab "Mak, exam dah dekat ni, rasanya tak dapat balik. Cuti pun 2 hari saja. Mana sempat." Hang kena balik jugak lagu mana pun". Aku pun tidak terkata apa lagi.

Pada tanggal 6.02.2003 aku menerima berita lagi..Emak aku pula dimasukkan ke hospital. MasyaAllah.. Apalah ujianku pula kali ini. Emakku semakin tenat. Pada 07.02.2003 aku pun bergegas pulang bersama-sama abangku yang berada di Ipoh. Aku sampai di hospital selepas Zohor. Dapatlah aku berjumpa dan bercakap-cakap dengan Emakku walaupun dia sudah tidak boleh bercakap. Setelah beberapa ketika di wad, aku sekali lagi mendapat berita sedih, emakku sudah tidak bernyawa lagi. Emak ku telah mengikut Ayahku..Emakku sudah meninggal dunia. Patutla dia beriya-iya suruh aku balik pada raya Haji..rupa-rupanya emakku seakan sudah tahu dia akan pergi menemui Penciptanya.

Kini segalanya berubah. Kehidupan aku sudah berubah. Ada keluarga sendiri yang perlu disayangi dan dikasihi sepertimana kedua orang tuaku mengasihi aku semasa aku kecil. Walaupun coraknya berubah tetapi hamparannya sama..Syukur Alhamdulillah