Thursday, February 23, 2012

KENANGAN

CAPLOMTerkenang aku hari semalam... bermain, berlari, dan mengejar traktor pembajak semasa musin menanam padi. Penuh lumpur-lumpur sehingga ke telinga. Mengejar ikan-ikan yang pening-pening lalat terkena mata pembajak. Seronok sangat kurasakan pada masa itu. Hanya itu permainan yang paling canggih ada pada masa itu.. Tiada lagi playstation,PS1,PS2,PS3 tiada lagi "angry bird", macam-macam tiada pada masa itu. Belum wujud lagi internet. Belum lagi aku kenal apa itu Facebook, Gmail, Hotmail... Belum lagi ada budak-budak kampung seperti aku mengetuk keyboard, menekan keypad telefon untuk bersms. Hendak mencari rumah yang ada telefon talian tetap pun susah pada masa itu. Terfikir balik aku...Walaupun terasa macam agak-agak kuno, tetapi tiada yang pelajarannya tersingkir.Ramai yang bekerja berjawatan tinggi. Paling kodi pun bekerja kilang. Tiada yang melepak-lepak buang masa.

CAPLOM
BUAH CENERAI

Terkenang lagi aku semalam apabila bermain perang-perang "CAPLOM". Siapa masih tahu tentang permainan CAPLOM ni??? Rasanya budak-budak zaman kini tak tahu apa CAPLOM tu. Kalau nak tahu lebih lanjut, aku nak bagiahu...Larasnya diperbuat daripada buluh. Penjoloknya diperbuat daripada bulu yang telah diraut menjadi bulat. Pelurunya hanya menggunakan buah cenderai atau jenjarum.Jika bukan musim buah tersebut kami pada masa itu hanya menggunakan kertas yang dicelup dengan air supaya basah dan menjadi lembut... Ish.... rasanya tiada lagi permainan itu kini..Seronok terkenangkan kisah-kisah lama...Main senapang buah terung belanda..Musim durian, rambutan, manggis dan buah-buahan bermusim lagi seronok.. Malam-malam tidur di dangau (pondok) mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh cengkerik, katak dan unggas-unggas rimba untuk menunggu durian luruh.Bila terdengar bunyi durian jatuh kebawah..cepatla berlari kearah bunyi tersebut untuk memungutnya..Jika tidak...Kemungkinan esok tiada lagi buahnya... Bukan kerana dicuri..tetapi ada binatang akan tolong pungut..hehehehehe...(cth spt babi, beruang)

Terkenang lagi aku sewaktu kanak-kanak dahulu... tiada apa yang perlu dirisaukan, tiada bil untuk dibayar, semuanya terasa seronok. Kesian melihat emak dan ayahku bekerja untuk menyara kami sekeluarga. Kerjanya tidak sudah-sudah. Dari awal pagi sampai malam.


KESEDIHAN BERMULA

Kini aku terasa sangat sedih kerana tidak diberi peluang untuk membantu emak dan ayahku. Aku tidak berpeluang untuk menebus jasa mereka. Pilu rasa hati apabila terkenangkan mereka.."Emak, Ayah, cik tak dapat berkongsi kehidupan cik...Cik sudah senang..Jika cik dapat berkongsi kehidupan ini dengan Mak dan Ayah, alangkah bahagianya kita..Teringat kata-kata Emakku dahulu apabila aku merungut kenapa aku diberi 5 kupang saja pi sekolah...Makku berkata "Aku bagi kat hang, adik hang, kak-kak hang 5 kupang saja sari, tapi tak penah pun tak bagi belanja sekolah tu. Hang cuba tengok orang lain, ada banyak dia bagi banyak, masa takdak dia tak bagi langsung. Hang pikiaq tengok. Yang mana untung??". Teringatkan kata-katanya aku rasa dia memang betul..Bukan Memang betul lagi...Sah-sah betul. Dahulu aku pi sekolah naik gerek(basikal) saja..Hari biasa naik gerek(basikal), bulan posa pun naik gerek(basikal). Masa tu aku rasa tak jauh pun sekolah dengan rumah. Hanya 8.5 kilometer jer jaraknya sehala..Tapi sekarang..Jarak itu aku rasa sangat jauh...

Teringat lagi aku semalam apabila menerima panggilan telefon daripada kakak ku pada hari selasa 28.01.2003.."Tri, ayah accident, masuk ICU, operation, tak apa, acik ada menunggu, nanti kalau ada apa berita aku telefon lagi." MasyaAllah.... terkejut aku mendengarnya...sedih..tapi aku berada di kampus..macam mana nak balik...dah jam 7.30 malam. Macam mana nak balik....kalau balik kena beli tiket bas..bagaimana nak pergi ke Pudu Raya..Aku menangis sendirian...

Jam 12.30 pagi 29.01.2003 aku menerima panggilan daripada kakak ku kembali..aku mendengar suaranya yang menahan kesedihan, dia beritahu aku jangan terkejut dan jangan sedih. "Tri ayah dah Meninggal Dunia semasa pembedahan. Darah tidak berhenti keluar. Pembedahan di kepala tidak berjaya". Ya Allah apa sudah jadi..Aku pun menangis sendirian. Aku hendak balik berjumpa Ayahku buat kali terakhir. Tapi bagaimana??? Mujurlah abang Iparku memberi jalan..Memberitahu aku bagaimana hendak balik. Malam itu juga aku bertolak balik ke Rumah dengan menaiki bas ekspress yang berhenti di tempat perhentian..Aku tumpang bas tersebut sehingga Ipoh. Di Ipoh aku pun turun. Kemudian pemandu bas itu pun bertanya.."Adik nak pergi Mana??" aku menjawab "Alor Star bang, Ayah saya meninggal, nak balik rumah". Pemandu itu pun membertitahu aku bahawa dia memang hendak ke Alor Star. So aku boleh ikut sekali. Alhamdulillah..Mudahnya perjalanan ku...Sesampainya aku di Alor Star, aku dijemput oleh Kakak ku...Aku terus pulang ke rumah. Sampai di rumah, arwah ayahku belum lagi dibawa pulang kerana perlu melalui beberapa prosedur di hospital.Aku pun berjumpa dengan emak ku, Aku pun bersalaman dengan emakku dan berkata "Mak, Ayah dah takdak..Ayah dah meninggal". Jam 10 pagi kereta jenazah pun sampai membawa arwah ayahku. Sesampainya di rumah, aku melihat, menatap dan mengucup sekujur tubuh yang sejuk kaku..Kemudian aku besama-sama sepupu,adik dan bapa sedaraku memandikan jenazah ayahku. Selepas dikapankan, akupun pergi berjumpa ibuku. Aku bertanya kepada dia.."mak nak tengok Ayah dak???? Emak ku berkata " aku nak la tengok Laki aku". Dengan perlahan aku memimpin emakku melihat suaminya kali yang terakhir.

Setelah semuanya selesai, aku pun berjumpa dengan emakku, emakku pun berkata "Tri, raya haji kena balik, Lembu nak dikorbankan." Aku pun menjawab "Mak, exam dah dekat ni, rasanya tak dapat balik. Cuti pun 2 hari saja. Mana sempat." Hang kena balik jugak lagu mana pun". Aku pun tidak terkata apa lagi.

Pada tanggal 6.02.2003 aku menerima berita lagi..Emak aku pula dimasukkan ke hospital. MasyaAllah.. Apalah ujianku pula kali ini. Emakku semakin tenat. Pada 07.02.2003 aku pun bergegas pulang bersama-sama abangku yang berada di Ipoh. Aku sampai di hospital selepas Zohor. Dapatlah aku berjumpa dan bercakap-cakap dengan Emakku walaupun dia sudah tidak boleh bercakap. Setelah beberapa ketika di wad, aku sekali lagi mendapat berita sedih, emakku sudah tidak bernyawa lagi. Emak ku telah mengikut Ayahku..Emakku sudah meninggal dunia. Patutla dia beriya-iya suruh aku balik pada raya Haji..rupa-rupanya emakku seakan sudah tahu dia akan pergi menemui Penciptanya.

Kini segalanya berubah. Kehidupan aku sudah berubah. Ada keluarga sendiri yang perlu disayangi dan dikasihi sepertimana kedua orang tuaku mengasihi aku semasa aku kecil. Walaupun coraknya berubah tetapi hamparannya sama..Syukur Alhamdulillah






2 comments:

  1. What do you call this game in malay? we also have this in the philippines

    ReplyDelete
  2. Kedah people(north malaysia) call 'Caplom'

    ReplyDelete