Alhamdulillah Syukur
Semalam....Jiwaku pernah tersungkur
Perasaanku pernah berburai-burai
Hatiku pernah terpisah-pisah
Semalam...
Orang memujiku kerana belajar
Semalam....
Orang memujiku kerana rajin belajar lagi
Semalam...
Orang bertanya lagi bila nak habis belajar
Semalam...
Orang juga bertanya kenapa tak habis-habis belajar lagi
Bagusnya orang kita..
Terlalu mengambil berat...
Semalam...
Aku pernah tidak makan
Aku tidak dapat tidur terlentang kerana perutku minta diisi
Aku pernah terasa sedih rakan dan taulan tidak kenal akan aku
Masa itu aku diduga..
Hidup hanya kais pagi belum tentu dapat makan pagi
Kini...
Ramai juga rakan
Ramai yang ingin menjadi kawan
Ramai yang memberi cadangan
Ramai yang sanggup menghulurkan bantuan
Ramai yang singgah untuk berbual....
Itulah kita...
Kawan menangis sukar dicari,
Kawan ketawa tak perlu dicari
Syukur.....
Syukur kepada Allah Yang Maha Esa
Membuka mata dan hatiku
Mengenal mana baik mana yang buruk
Mana Rakan,
Mana Taulan,
Mana hendak membezakan baik buruk.
No comments:
Post a Comment